Tarikh-tarikh penting

Tajuk Tarikh Mula Tarikh Tamat Status
Kemasukan Sesi 2018/2019
PERMOHONAN KEMASUKAN IJAZAH SARJANA MUDA JURISPRUDENS (EKSTERNAL) 08-03-2018 12:00 AM 27-07-2018 04:59 PM TUTUP

Panduan Permohonan

PERHATIAN:

  1. Sila pastikan anda mencetak BORANG PERMOHONAN sebaik sahaja anda klik butang (Sah & Hantar)
  2. Sila kemukakan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang telah disahkan kepada Penyelaras Program, Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal), Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur sebelum atau pada 31 Mei 2018. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
    • Salinan kad pengenalan/MyKad calon
    • Salinan sijil SPM/Setaraf
    • Salinan keputusan Bahasa Melayu Julai (jika ada)
    • Salinan sijil STPM/Setaraf (jika berkaitan)
    • Salinan sijil Matrikulasi/Asasi (jika berkaitan)
    • Salinan sijil A Level (jika berkaitan)
    • Salinan transkrip penuh akademik (sem 1 hingga akhir)
    • Salinan Diploma/Ijazah (jika berkaitan)
    • Salinan surat pengesahan tamat pengajian (jika berkaitan)
    • Salinan sijil MUET (jika ada)
    • Surat pengesahan majikan berkenaan pengalaman bekerja yang menyatakan dengan jelas dan lengkap tarikh serta tempoh bekerja dan bidang tugas/tanggungjawab (jika berkaitan)
    • Salinan cetakan akreditasi MQA (www2.mqa.gov.my/mqr/) (jika sijil diperoleh daripada IPTS)

Nota:

  • Bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal) Universiti Malaya yang berstatus "GAGAL KELUAR/TAMAT TEMPOH PENGAJIAN" tidak layak memohon.
  • Calon hendaklah mendapat sekurang-kurangnya Tahap 4 (Band 4) dalam Malaysian University English Test (MUET). Walau bagaimana pun, calon yang masih belum mencapai tahap MUET seperti yang ditetapkan boleh diterima masuk dan diwajibkan memenuhi keperluan tersebut sebelum mencapai 60 kredit semasa pengajiannya. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus untuk kredit yang berbaki sehingga mencapai tahap MUET yang ditetapkan.